<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1015546042984929528?origin\x3dhttp://mylovely-love.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
profile entries chatbox others
Saturday, September 1, 2007 ♥

A story i wrote...

Godaanmu…Sy..

Dilahirkan sempurna
Tiada cacat celanya
Tiada berlubang di hidung mahupun lidah
Suci dan bersih kurniaan-NYA

Tika belajar bertatih
Jatuh dan bangun berkali-kali
Tumbuhnya parut dan luka di kaki
Namun, ia hilang apabila diubati

Kini sengaja aku menconteng tubuhku
Bertatu naga, syaitan dan neraca
Yang dahulu suci
Kini hilang seri
Kucemari nama bangsaku
Sebagai anak orang Melayu

Dikurniakan wajah yang berseri, pipi yang gebu, senyuman yang manis. Raut wajah, bentuk badan yang sempurna dan kelunakan suara digilai ramai jejaka. Seorang gadis yang bernama Putri Kesnah Ayu yang biasa dengan panggilan Ayu. Rumahku syurgaku. Ibu tempatku mengadu, ayah sering menjadi teman beradu. Adik yang tidak puas-puas mengukirkan senyuman apabila menyambutku pulang dari sekolah. Mereka tempatku bergurau-senda, hilang segala penat lelah. Sekolah tempatku menimba ilmu. Maruah dan harga diri kujaga rapi.

Ibu, ayah dan adik adalah pelita hidupku. Kasih dan sayang yang mereka hulurkan amat bermakna. Nasihat ibu bapa taburkan menjadi semangat untukku terus maju. Adikku adalah penyokong dan teman gurau-senda yang setia. Tidak pernah gagal mengukirkan secalit senyuman di wajahku ketika aku muram dan sesak fikiran. Dialah penghiburku. Kasih sayang aku untuk dia tiada putus bagaikan rambut yang tersimpul mati.

Keluargaku adalah jiwa dan ragaku. Disaat aku menangis, ada tangan yang menadah dan telinga yang mendengar. Namun, pada usia sebelas tahun, segalanya berubah. Dahulu aku anak solehah, kakak yang penyayang dan pelajar yang pintar menjadi anak yang derhaka, kakak yang pemarah dan pelajar yang pemalas. Bukan aku diminta jadi begini namun peristiwa hitam itu membuatku bosan akan kehidupanku. Kesucian yang aku pelihara telah diragut oleh orang yang aku gelarkan datuk. Yang tidak akan aku gelarkan manusia tetapi binatang. Dia datuk tiriku sebelah ayah. Yang aku sangkakan penyayang tetapi aku silap menilai. Fikiranku yang mentah telah menghalang aku untuk bercerita kepada ibu Hanya pada diariku tempatku mengadu. Aku menjadi pendiam dan banyak berahsia. Aku pasrah! Peristiwa ini berterusan sehinggalah aku menjejak ke darjah enam. Baru aku dapat menilai dan memahami akan musibah yang menimpa diriku! Aku kecewa! Aku malu!

“ Mengapa harus aku yang engkau pilih menjadi mangsa nafsu buasmu? Mengapa diriku yang mentah ini engkau seksa begini? Kepercayaan yang ibu dan ayah beri kepadamu, engkau sia-siakan,” rintih hati kecilku.

Apakah ini takdir yang ditulis untukku? Apakah ini dugaan untuk meguji ketabahanku? Tetapi mengapa berat sekali dugaan ini? Apa silapku? Haruskah aku salahkan takdir yang telah ditulis akan keruntuhan maruahku? Ataupun sememangnya Si Binatang itu harus dipersalahkn? Seribu satu soalan bermain di fikiran.

Aku mula berdendam dan berubah. Perkara ini, masih lagi aku simpan sehinggalah ibu yang mula ragu akan perubahan diriku telah menceroboh diariku. Aku tahu perasaa ibu. Namun, aku malu. Ibu membaca diariku di tengah malam sedang aku pura-pura tidur dibuai mimpi. Esakan ibu dari ruang tamu jelas kedengaran. Aku mengheret diriku dan bertemu ibu.

“Ibu…,” lalu aku rebah dalam dakapan ibu. Hangat terasa. Aku rasa diriku dilindungi oleh kasih seorang ibu.

“Kakak! Mengapa harus kakak berahsia dengan ibu? Kenapa?” Tanya ibu penuh tangisan.
“Kakak malu ibu,” aku terus menangis dan duduk di samping ibuku.

Aku telah pun menjejakkan kakiku ke alam remaja. Syukurlah, peristiwa hitamku telahpun tiba ke tangan pihak berkuasa. Datuk sudahpun menerima hukuman dunia yang setimpal dengan perbuatannya. Namun, aku masih tidak puas. Maruah yang telah dia ragut, tidak dapat aku gantikan dengan segala apa meskipun dari dunia perubatan yang berteknologi tinggi.

Di saat inilah, aku sekeluarga ketahui bahawa adik bongsuku, telah menghidap bara hati. Sudah dua tahun dia terseksa. Masa yang diluangkan ibu dan ayah untukku tidak seperti dulu. Mereka sibuk menjaga adik di hospital dan mencari rezeki. Aku menjadi lebih teruk. Aku semakin liar. Aku semakin berani bermain api. Rokok adalah santapanku, pagi, siang dan malam. Kolong blok rumahku. Arak minumanku. Tubuhku umpama kertas bernyawa. Jarum-jarum halus dan tebal mula bertatih-tatih di tubuhku. Pelajaran, nasihat orang tua, adik yang berpenyakit, aku abaikan.

Tubuh yang bertatu dan lidahku, hidungku, bibirku, aku tindik. Seri di wajahku hilang apabila tatu, dilukis di dahiku. Aku berani berlawan kata, lebih-lebih lagi dengan kaum Adam. Bukan hanya kata-kataku yang lucah, tangan dan kakiku pun turut beraksi. Akibat marah, aku sanggup membingbing risiko yang tinggi. Tidak sedikit pun aku menyesal. Sebatan ayah sudah jemu. Bebelan ibu seperti laguku. Tiada siapa yang kudengar kata.

Setahun telah berlalu, namun aku tetap sama. Disebabkan dendam kaum Adam aku telah bermain cinta dengan mereka. Tubuhku yang lentik menjadi sengatan umpan mereka. Aku puas hati jika mereka bersedih dan terseksa atas perbuatanku.

Aku di menengah tiga kini. Aku semakin tidak kenal erti dosa. Aku telah menarik diriku ke alam maksiat, tanpa menghiraukan keadaan adik yang semakin kritikal di katil hospital. Sudah bertahun dia terseksa akan penyakitnya, namun hanya dua kali setahun aku menjenguk adik. Itupun aku didesak ibu kerana adik yang rindu akan belaian seorang kakak. Oleh kerana aku menganggap adik adalah jurang yang telah merenggangkan hubunganku di antara ibu dan ayah, tak pernah sekalipun aku membelainya ketika dia sedang berjuang untuk teruskan kehidupan. Wajah adik yang dulu aku lihat membuat aku tenang kini membuat aku benci. Benci dan dendam.

Tiga tahun adik terseksa dengan penyakitnya. Sibuk dia berjuang untuk terus hidup, dan ibu ayah yang bantu dalam perjuangannya, sibuk aku di luar melibatkan diriku dalam alam kesesatan. Atas permintaan dan desakkan ibu, aku pergi menjenguk adik pada tarikh 18 Oktober 2006 di hospital. Pada hari itu jugalah, adik telah menghembuskan nafasnya yang terahkir di hadapan aku sekeluarga. Biarpun dia pergi di dalam dakapanku, aku tetap merasakan kekesalan yang teramat.

Tergamak aku meninggalkan adik tanpa kasih sayang seorang kakak ketika dia merinduiku. Tergamak aku biarkan adik terus merindukan belaian seorang kakak ketika dia menginginkannya. Perasaan bersalah dan kesal datang bergilir-gilir. Wajah adik lesu menyayat hatiku, menambahkan lagi kesayuan di hati. ‘Paku’ di bibirku, aku tanggalkan dan mencium adik aku. Tangisan aku semakin kuat. Aku semakin hilang kawalan. Syukurlah, ibu di situ untuk mengawal perasaanku.

Ciuman yang terakhir aku berikan. Wajah adik kelihatan berseri setelah dimandikan. Aku menatap wajahnya untuk kali yang terakhir. Aku mengikut untuk menghantar adik ke istana barunya. Aku melangkah lemah dan mengucup pipi ibuku sebelum aku melangkah pergi mengikut ayah yang mengendong adik.

Talqin telah pun selesai dibaca Uztaz di tanah perkuburan banyak memberi kesedaran padaku. “Adik, maafkan kakak. Kakak tidak membantu adik berjuang untuk meneruskan kehidupan adik. Tunggu akak di situ. Semoga roh-mu dicucuri rahmat,” Setitis air mata jatuh ke atas potretnya. Pada malam itu, aku meluahkan hasratku kepada ayah dan ibu untuk membuang lukisan di tubuhku. Lalu aku melangkah ke kamarku dan mencapai Al-Quran yang telah tidakku sentuh sekian lama. Biarpun tubuhku kotor, namun, aku ingat pesan Ustazah, “Kalau niat Ayu ikhlas dan baik, Insya- Allah, Tuhan akan terima ibadahmu.” Aku akhiri bacaanku dengan menyedekahkan Al-fatihah kepada Arwah Nur Ain Nabila.Amin.



@ 7:58 AM